Selamat Datang ke blog KKPA Cawangan NSTP...Kepada yang belum menjadi ahli..Daftar Segera! KEAHLIAN ANDA NADI PERJUANGAN KAMI

Saturday 18 February 2012

SESSI PENERANGAN DI ZON UTARA

15HB & 16 FEB 2012(sessi malam)

En.Nazri Halid memulakan majlis dengan kata-kata aluan dan memperkenalkan barisan AJK NUNW Cawangan NSTP kepada ahli-ahli di Zon Utara.

En.Zulfakar megupas satu persatu isikandungan Perjanjian Bersama 2011-2014 yang telah ditandatangani seterusnya memberi ruang kepada ahli-ahli untuk mengemukakan pertanyaan dalam sessi soal-jawab.

En.Hisyam mengutarakan beberapa soalan berkenaan klinik panel dan prosedur rawatan membabitkan anak dan pasangan.

SESSI PAGI

Rangka Lawatan AJK NUNW caw.NSTP ke RPP

Balai Berita Senai:  Pada 13hb & 14hb Februari 2012 yang lalu,seramai 9 orang Ahli Jawatankuasa NUNW cawangan NSTP diketuai En.Zulfakar Wahib telah memulakan rangka lawatan bertemu ahli-ahli kesatuan bagi mengupas dan menerangkan secara lebih lanjut isikandungan Perjanjian Bersama(CA) yang telahpun ditandatangani pada 10hb Februari 2012.
Selain mengadakan sessi penerangan,kunjungan dan lawatan ke BB Senai itu juga adalah bertujuan untuk melantik seorang wakil dari BB Senai sebagai AJK NUNW cawangan NSTP menggantikan En.Dali Bin Dollah yang meletak jawatan atas sebab-sebab peribadi.



Ahli-ahli kesatuan yang hadir sedang tekun mendengar taklimat dan penerangan mengenai isikandungan CA 2011-2014.



Pengerusi NUNW cawangan NSTP,En.Zulfakar Wahib meluangkan masa menjawab pertanyaan ahli.



Saudara Zamri Bin Anuar(baju hijau), dipilih sebulat suara menjadi wakil BB Senai sebagai AJK NUNW cawangan NSTP.Kelihatan digambar,beliau begitu teruja dan bersemangat memulakan tugas mengedarkan borang persetujuan kepada ahli-ahli.



Sebaik sahaja borang persetujuan diedarkan,ahli kesatuan yang begitu memahami situasi NUNW cawangan NSTP terus menurunkan tandatangan.



Terima Kasih yang tak terhingga dari kami AJK NUNW cawangan NSTP buat anda rakan sekerja di Balai Berita Senai.










































































Sunday 12 February 2012

PERJANJIAN BERSAMA 2011-2014 DITANDATANGANI PADA PAGI JUMAAT 10 FEB 2012

NSTP
(Dari kiri) Pengarah HCS NSTP  Badariah Abdul Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Mohammad Azlan Abdullah, Setiausaha Kehormat NUNW  Chandrasekar Rajamanikam and Pengerusi NUNW cawangan NSTP  Zulfakar Wahib meneliti isikandungan Perjanjian Bersama 2011-2014.
The New Straits Times(Malaysia)Berhad (NSTP) menandatangani Perjanjian Bersama(CA) bagi penggal 2011-2014 dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Akhbar Kebangsaan(NUNW),di BBKL Bangsar.
  Antara persetujuan yang dicapai dalam CA berkenaan adalah kenaikan gaji sebanyak 13.5 peratus hingga 14.5 peratus yang berkuatkuasa dari 1 Ogog 2011 kepada kakitangan sokongan dan kenaikan elaun kenderaan daripada RM700 kepada Rm750 bagi kereta dan RM520 kepada RM570 untuk motosikal.
  Selain itu, faedah perubatan kepada kakitangan yang turut terkandung dalam CA kali ini juga meliputi perlindungan perubatan pesakit luar untuk pasangan dan anak-anak pekerja sebanyak RM1,000 setahun dan meningkatkan cuti bersalin daripada 60 kepada 70 hari.
  Ketua Pegawai Eksekutif NSTP,Mohammad Azlan Abdullah,berkata perjanjian dicapai berikutan syarikat mengetahui kualiti kerja ditunjukkan pekerja selama berkhidmat dengan syarikat.
  Perjanjian itu ditandatangani Azlan dan Pengarah Sumber Manusia NSTP,Badariah Abdul Jalil mewakili NSTP manakala NUNW diwakili Setiausaha Kehormatnya,R.Chandrasekaran dan Pengerusi NUNW cawangan NSTP,Zulfakar Wahib.