Selamat Datang ke blog KKPA Cawangan NSTP...Kepada yang belum menjadi ahli..Daftar Segera! KEAHLIAN ANDA NADI PERJUANGAN KAMI

Sunday 12 February 2012

PERJANJIAN BERSAMA 2011-2014 DITANDATANGANI PADA PAGI JUMAAT 10 FEB 2012

NSTP
(Dari kiri) Pengarah HCS NSTP  Badariah Abdul Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Mohammad Azlan Abdullah, Setiausaha Kehormat NUNW  Chandrasekar Rajamanikam and Pengerusi NUNW cawangan NSTP  Zulfakar Wahib meneliti isikandungan Perjanjian Bersama 2011-2014.
The New Straits Times(Malaysia)Berhad (NSTP) menandatangani Perjanjian Bersama(CA) bagi penggal 2011-2014 dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Akhbar Kebangsaan(NUNW),di BBKL Bangsar.
  Antara persetujuan yang dicapai dalam CA berkenaan adalah kenaikan gaji sebanyak 13.5 peratus hingga 14.5 peratus yang berkuatkuasa dari 1 Ogog 2011 kepada kakitangan sokongan dan kenaikan elaun kenderaan daripada RM700 kepada Rm750 bagi kereta dan RM520 kepada RM570 untuk motosikal.
  Selain itu, faedah perubatan kepada kakitangan yang turut terkandung dalam CA kali ini juga meliputi perlindungan perubatan pesakit luar untuk pasangan dan anak-anak pekerja sebanyak RM1,000 setahun dan meningkatkan cuti bersalin daripada 60 kepada 70 hari.
  Ketua Pegawai Eksekutif NSTP,Mohammad Azlan Abdullah,berkata perjanjian dicapai berikutan syarikat mengetahui kualiti kerja ditunjukkan pekerja selama berkhidmat dengan syarikat.
  Perjanjian itu ditandatangani Azlan dan Pengarah Sumber Manusia NSTP,Badariah Abdul Jalil mewakili NSTP manakala NUNW diwakili Setiausaha Kehormatnya,R.Chandrasekaran dan Pengerusi NUNW cawangan NSTP,Zulfakar Wahib.

No comments:

Post a Comment