Selamat Datang ke blog KKPA Cawangan NSTP...Kepada yang belum menjadi ahli..Daftar Segera! KEAHLIAN ANDA NADI PERJUANGAN KAMI

Saturday 21 January 2012

'Farewell Dinner' khas untuk Dato' Anthony Firdauz Bujang

Barisan Ahli Jawatankuasa NUNW (Cawangan NSTP) dan  NUNW(Pusat) mengabadikan kenangan bersama mantan CEO NSTP, Dato' Anthony Firdauz Bujang selepas majlis makan malam khas tanda penghargaan diatas jasa-jasa beliau menerajui transformasi syarikat.

Kejutan untuk Dato' apabila wakil KKPA Pusat ,En.Chandrasekaran menyampaikan hadiah istimewa...jersey `keramat' pasukan Liverpool...`You'll never walk alone' Dato'!
Pengerusi KKPA Cawangan NSTP, En.Zulfakar mewakili ahli-ahli kesatuan NSTP menyampaikan cenderahati  kepada Dato' Anthony...Terima Kasih Dato'..jasamu dikenang!


AJK KKPA mewakili BBSA dari kiri: En.Ahmad Mahmood,En.Ahmad Nizam,En.Raymond Pareira dan En.Ahmad Dollah bersama mantan CEO NSTP...kalau rindu nak pekena sup tulang datang la ke BBSA Dato'!..

En.Amran mewakili Balai Berita Agil turut mengabadikan kenangan terindah bersama CEO ...bukan senang nak dapat peluang macam ni..!
En.Nazri Halid dan Pn.Vasagee tekun mendengar pesanan dan amanat dari Dato' Anthony...



Bendahari KKPA-cawangan NSTP , En.Rameshdev dgn gaya istimewa `thumbs up' untuk Dato'...kami di kesatuan mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang bakal Dato' ceburi.


Cik Azura dan Pn.Vasagee disamping Dato' dan Datin...sekali lagi terima kasih  diatas kesudian meluangkan masa bersama kami Dato'!

No comments:

Post a Comment