Selamat Datang ke blog KKPA Cawangan NSTP...Kepada yang belum menjadi ahli..Daftar Segera! KEAHLIAN ANDA NADI PERJUANGAN KAMI

Saturday 18 February 2012

Rangka Lawatan AJK NUNW caw.NSTP ke RPP

Balai Berita Senai:  Pada 13hb & 14hb Februari 2012 yang lalu,seramai 9 orang Ahli Jawatankuasa NUNW cawangan NSTP diketuai En.Zulfakar Wahib telah memulakan rangka lawatan bertemu ahli-ahli kesatuan bagi mengupas dan menerangkan secara lebih lanjut isikandungan Perjanjian Bersama(CA) yang telahpun ditandatangani pada 10hb Februari 2012.
Selain mengadakan sessi penerangan,kunjungan dan lawatan ke BB Senai itu juga adalah bertujuan untuk melantik seorang wakil dari BB Senai sebagai AJK NUNW cawangan NSTP menggantikan En.Dali Bin Dollah yang meletak jawatan atas sebab-sebab peribadi.



Ahli-ahli kesatuan yang hadir sedang tekun mendengar taklimat dan penerangan mengenai isikandungan CA 2011-2014.



Pengerusi NUNW cawangan NSTP,En.Zulfakar Wahib meluangkan masa menjawab pertanyaan ahli.



Saudara Zamri Bin Anuar(baju hijau), dipilih sebulat suara menjadi wakil BB Senai sebagai AJK NUNW cawangan NSTP.Kelihatan digambar,beliau begitu teruja dan bersemangat memulakan tugas mengedarkan borang persetujuan kepada ahli-ahli.



Sebaik sahaja borang persetujuan diedarkan,ahli kesatuan yang begitu memahami situasi NUNW cawangan NSTP terus menurunkan tandatangan.



Terima Kasih yang tak terhingga dari kami AJK NUNW cawangan NSTP buat anda rakan sekerja di Balai Berita Senai.










































































No comments:

Post a Comment